MOTIVASI BISNES ORANG CINA
Pernah dengar nama 'Boon Siew'?
nama yang cukup familiar, memang mengenang kembali memori waktu muda-muda dahulu.
Nota : Jenama motorsikal paling legen.
Ya, dia lah ejen pengedar penjualan motorsikal jenama HONDA yang pertama di tanah melayu, Mendiang Tan Sri Loh Boon Siew.
Seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, malah buta huruf.
Pagi ini saya nak share sikit kisah beliau;
1) Semasa sampai ke tanah melayu, beliau berumur 12 tahun.
2) Bekerja sebagai mekanik dan mengambil upah cuci bas.
3) Beliau gigih bekerja demi mengumpul wang.
4) Selepas simpanan cukup, beliau memberanikan diri untuk buka bengkel sendiri.
5) Walaupun perniagaan beliau kecil, tetapi beliau menyimpan impian untuk membesarkan perniagaan.
6) Kemahiran menjalankan bisnes diperoleh daripada pengalaman.
7) Kesungguhan beliau akhirnya terbalas, apabila pihak HONDA menawarkan hak sebagai francaisor penjualan motorsikal.
8) Boon Siew tidak melepaskan peluang ini, beliau menjual bengkelnya dan membeli hak francais syarikat HONDA.
9) Hasil keberanianya mengambil risiko, membuahkan hasil.
10) BOON SIEW HONDA menjadi jenama motorsikal yang terlaris di tanah melayu.
11) Walaupun beliau juga mengalami zaman kejatuhan akibat peperangan, beliau terus bangkit dan menerima perubahan yang berlaku.
12) Sehingga kini jenama BOON SIEW HONDA masih gah bersaing dengan jenama-jenama motorsikal yang lain.
13) Hasil keuntungan perniagaan, sebahagiannya beliau gunakan untuk kebajikan.
14) Beliau antara jutawan yang terkenal dengan sifat dermawan.
15) Boon Siew adalah contoh peniaga cina yang berjaya mencipta lombong emas disaat kehidupannya sukar dan sulit.
=====
APA YANG KITA DAPAT PELAJARI DARIPADA BISNES ORANG CINA?
=====
#1 - Walaupun baru bermula, perlu simpan impian untuk majukan perniagaan pada satu hari nanti.
#2 - Kekurangan pada diri, bukan alasan dan penghalang untuk terus melangkah kehadapan.
#3 - Percaya pada diri sendiri dan berani berubah.
#4 - Jangan terlalu lama mengkaji & menilai. Harus berani ambil risiko.
#5 - Terima kejatuhan, bangkit kembali dengan kekuatan luar biasa.
#6 - Pantas ambil peluang serta pantas ambil tindakan, bukan menunggu waktu sesuai.
#7 - Masalah pasti wujud dalam perniagaan, anggaplah ia sebagai cabaran dan motivasi untuk terus maju kehadapan.
#8 - Perlu ada bahagian daripada keuntungan bisnes untuk tujuan kebajikan.
Salam KBSJ
Ulasan
Catat Ulasan